pengunjung blog

Thursday, June 9, 2011

memahami nilai wang


<blink> nilai wang bagi wang </blink>

Bayangkan anda ditawarkan sejumlah wang dan ditanya sama ada anda ingin wang itu sekarang ataupun setahun kemudian . Atau fikirkan ini , dengan RM1 , apa yang boleh anda beli pada tahun 1990 , apa yang boleh anda beli sekarang dan apa yang mampu anda beli pada masa hadapan ? Justeru itu , adakah anda memilih untuk menerima wang itu sekarang ataupun pada masa hadapan ?

Soalan ini bukanlah sukar . Sesiapa pun pastinya akan memilih untuk memiliki wang tersebut sekarang . Didorong oleh naluri , anda sedia maklum bahawa wang yang dimiliki sekarang jauh lebih bernilai berbanding wang  (jumlah yang sama) pada masa depan . 

Ini merupakan prinsip penting ekonomi yang menyatakan bahawa selagi wang boleh memperoleh faedah , nilai wang adalah lebih tinggi sebaik sahaja wang tersebut diterima . Konsep ini menjelaskan nilai masa bagi wang , yang juga dikenali sebagai 'nilai kini terdiskaun' .

Cuba anda fahami konsep ini . Sekiranya anda mendepositkan wang ke dalam akaun simpanan dengan pulangan kadar faedah 5% setahun , RM1,000 yang disimpan sekarang akan mempunyai nilai RM1,050 dalam tempoh setahun (RM1,000 x 1.05) . Manakal , RM1,000 yang diterima setahun dari sekarang hanya bernilai RM952.38 hari ini .  (RM1,000 dibahagi dengan 1.05) . Di sini , pendaraban digunakan apabila jumlah ringgit didepositkan ke dalam akaun yang memperoleh faedah . Ini adalah kerana dari sekarang sehingga masa hadapan , faedah diperoleh secara berterusan .

Pembahagian pula digunakan untuk mewakili kerugian yang dialami sepanjang tempoh jumlah ringgit tidak didepositkan ke dalam akaun simpanan yang memperoleh faedah . Ia adalah semudah itu !
Daripada gambaran ini , anda dapat perhatikan bahawa wang mempunyai nilai masa . Sekiranya perkara lain tetap sama , nilai semasa sejumlah wang sekarang adalah lebih besar berbanding sejumlah wang yang sama yang diterima pada masa hadapan .

Thursday, April 28, 2011

1.Beli barang pada harga borong/pukal

Beli barang secara pukal atau pada harga borong di Mydin, Carrefour, Tesco, Econsave, Giant atau memana pasaraya bagi produk-produk seperti tisu, pampers, alat tulis, makanan sejuk beku atau dalam tin dan sebagainya dengan lebih murah.
Malah di Tesco anda boleh dapat Club Card percuma yang mana boleh kumpul point yang boleh dapat voucher percuma. Lagi banyak anda beli dengan club card lagi banyak penjimatan.
Kalo beli di kedai runcit biasa memang boleh tapi rugilah sbb tak dapat nak jimat lebih sikit berbanding di pasaraya besar yang memang
menyediakan banyak manfaat. Jadilah pengguna yang bijak !

Wednesday, February 23, 2011

jimat wang ketika membeli belah

dalam kehidupan seharian , wang sentiasa diperlukan untuk memenuhi keperluan dan kehendak kita . jika seseorang tidak tahu cara menguruskan wang dengan baik , maka individu itu akan dihantui dengan pelbagai masalah kewangan dari hari demi hari . justeru , perancangan yang teliti perlu dilakukan . bagi mengurangkan kos perbelanjaan , kaedah penjimatan ketika membeli barang makanan , khususnya di pasar raya merupakan cara mudah yang boleh dilakukan .

sekiranya individu hendak menjimatkan perbelanjaan bulanan mereka , maka beberapa langkah penyesuaian mudah perlu dilakukan . antaranya ialah memilih barangan berjenama generik atau 'store brand ' yang sedia ada di pasar raya . kedua-dua baranagn berjenama dan generik menggunakan bahan yang sama , namun pembeli membayar lebih apabila membeli barangan berjenama tertentu.

ketika shopping , pengguna gemar melihat dan membeli barangan yang disusun di rak-rak teratas dan pada aras mata . sebaliknya ada pengguna yang langsung tidak mengendahkan barangan yang disusun di rak-rak di bahagian bawah . walhal , barang-barang yang disusun di rak bawah merupakan barangan yang berharga rendah .

bagi mengelakkan perbelanjaan tambahan , pengguna hendaklah makan sebelum membeli-belah di pasar raya . ini bukan sahaja dapat menghindari mereka daripada mereka daripada berbelanja di restoran-restoran makanan segera , malah keinginan pengguna untuk membeli juga akan berkuranagn kerana tidak berasa lapar .

restoran popular


sebagai pengguna yang rasional , penyediaan senarai barangan yang hendak dibeli akan membantu ketika membeli barangan harian . hanya barang-barang yang disenaraikan atau yang diperlukan untuk memasak sesuatu hidangan sahaja yang akan dibeli . pembelian barang-barang secara naluri juga dapat dielak . cara ini dapat menjimatkan masa dan juga mengelakkan tabiat boros berbelanja . 


selain itu , pengguna digalakkan membeli-belah secara bersendirian . ini kerana , membeli-belah bersama-sama keluarga dan anak-anak boleh menyebabkan seseorang berbelanja lebih daripada yang mereka inginkan . selain itu , ia juga boleh mendorong mereka membeli barang-barabg yang tidak sepatutnya serta berkemungkinan membeli barangan yang tidak tercatat dalam senarai yang telah dibuat .

sekiranya pengguna ingin membeli-belah , bawalah sejumlah wang yang kecil seperti RM50 atau RM100 mengikut pelan bajet bagi bulan tertentu . ia boleh menghindari seseorang daripada berbelanja secara berlebihan . 
di samping itu , anda juga boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit . namun anda perlu mempunyai pengurusan kad kredit yang baik bagi memastikan anda tidak berhadapan dengan masalah sekiranya gagal melunaskan bayaran kad kredit mengikut tempoh yang ditetapkan . jika anda tidak mempunyai disiplin yang baik apabila menggunakan kad kredit , digalakkan supaya anda berbelanja menggunakan wang tunai sahaja . 

walaupun terdapat pelbagai cara untuk berjimat ketika mebeli-belah , namun pilihan terletak di tangan anda . jadilah pembeli yang bijak dan berbelanjalah mengkut bajet yang telah ditetapkan .

Thursday, February 17, 2011

kepanasan global .. mari kita tolong bumi kita !!

bumi kita ..


Sebelum menginjak pada definisi perubahan iklim maka perlu diketahui istilah pemanasan global. Pemanasan global adalah meningkatnya suhu rata-rata permukaan bumi sebagai akibat meningkatnya jumlah emisi Gas Rumah Kaca di atmosfer. Menurut Budianto (2000:195) dalam Rajaguguk, E dan Ridwan K (2001) perubahan iklim global sebagai peristiwa naiknya intensitas efek rumah kaca yang terjadi karena adanya gas dalam atmosfer yang menyerap sinar panas yaitu sinar infra merah yang dipancarkan oleh bumi.
Sedangkan IPCC (2001) menyatakan bahwa climate change refers to a statistically significant variation in either the mean state of the climate or in its variability, persisting for an extended period (typically decades or longer). Selain itu diperjelas juga bahwa climate change may be due to natural internal processes or external forcings , or to persistent anthropogenic changes in the composition of the atmosphere or in land use.
Kementerian Lingkungan Hidup (2001:1) mendefinisikan perubahan iklim adalah berubahnya kondisi fisik atmosfer bumi antara lain suhu dan distribusi curah hujan yang membawa dampak luas terhadap berbagai sector kehidupan manusia. Perubahan fisik ini tidak terjadi hanya sesaat tetapi dalam kurun waktu yang panjang.
LAPAN (2002;1) mendefinisikan perubahan iklim adalah perubahan rata-rata salah satu atau lebih elemen cuaca pada suatu daerah tertentu. Sedangkan istilah perubahan iklim skala global adalah perubahan iklim dengan acuan wilayah Bumi secara keseluruhan.
Definisi yang umumnya diterima adalah berdasarkan pasal 1 Konvensi PBB mengenai Perubahan Iklim yang menyatakan :
“Climate change means a change of climate which is attributed directly or inderictly to human activities that alters the composition of the global atmosphere and which is in addition to natural climate variability observed over comparable time periods.”
Atau diterjemahkan :
“Perubahan iklim ialah berubahnya iklim yang diakibatkan langsung atau tidak langsung oleh aktivitas manusia yang menyebabkan perubahan komposisi atmosfer secara global dan selain itu juga berupa perubahan variabilitas iklim alamiah yang teramati pada kurun waktu yang dapat dibandingkan.”

Saturday, February 12, 2011

hari tanpa beg plastik

Kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' di Selangor dan seluruh negeri bagi membendung masalah pencemaran semakin berleluasa , diadakan setiap hari Sabtu bermula dari 9 Januari yang lepas . Mari kita sama-sama menyokong kempen ini bagi selamatkan bumi kita .

Friday, February 11, 2011

pertandingan esei pengguna

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI PENGGUNA

Kategori
A. Sekolah Rendah (Tahun 4-6)
B. Menengah Rendah (Tingkatan 1-3)
C. Menengah Atas (Tingkatan 4-5)
D. IPTA/S, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi & Tingkatan 6
E. Umum (Terbuka kepada semua warganegara Malaysia)

Syarat
  • Panjang esei tidak melebihi 300 patah perkataan bagi Kategori A , 1,000 patah perkataan bagi Kategori B dan Kategori C dan 2,500 patah perkataan bagi Kategori D dan Kategori E.
  • Esei hendaklah ditaip menggunakan tulisan "Arial 12 poin" atau menggunakan tulisan tangan yang jelas. Sama ada ditaip atau tulisan tangan, semua esei hendaklah langkau sebaris ("double line spacing")
  • Penyertaan esei boleh dihantar melalui e-mel ke urusetia@mypengguna.com. penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan pertandingan yang lengkap.
  • Esei mestilah asli dengan menggunakan olahan idea sendiri.

Topik

Kategori A. Sekolah Rendah (Tahun 4-6)

Bahasa Malaysia
EAM1: Aktiviti yang boleh saya lakukan seminggu tanpa skrin (televisyen, komputer, telefon bimbit, MP3 dan        lain-lain).
EAM2: Sekiranya saya mempunyai RM100, saya akan ...
EAM3: Langkah-langkah bagi menjaga kesihatan diri.

English
EAE1: Activities I can do for a week without watching the screen (television, computers, mobile phone, mp3 etc.)
EAE2: If I have RM100, I will ...
EAE3: Steps towards taking care of your health.

Kategori B. Menengah Rendah (Tingkatan 1-3)

Bahasa Malaysia
EBM1: Penggunaan beg plastik secara bijak.
EBM2: Label makanan dalam kehidupan seharian.
EBM3: Produk mesra alam. Huraikan.

English
EBE1: Smart use of plastics.
EBE2: Food labelling and yaou daily life.
EBE3: Define eco-friendly products.

Kategori C. Menengah Atas (Tingkatan 4-5)

Bahasa Malaysia
ECM1: Keselamtan makanan di kantin sekolah anda.
ECM2: Adakah sekolah anda mesra Orang Kurang Upaya? Terangkan.
ECM3: Label produk dan kepentingannya kepada pengguna.

English
ECE1: Food Safety in your school canteen.
ECE2: Is your school People With Disabilities friendly? Explain.
ECE3: -roducts Labels and their importance to consumers.

Kategori D. IPTA/S, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi & Tingkatan 6

Bahasa Malaysia
EDM1: Adakah perubahan iklim mempengaruhi gaya hidup anda dan komuniti anda? Sila terangkan.
EDM2: Adakah wajar institusi perbankan menawarkan pinjaman kepada pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi? Sila kongsikan pendapat anda.
EDM3: Langkah-langkah bagi mengendalikan sisa domestik secara bertanggungjawab.

English
EDE1: Does climate change affect yours and your comunity's lifestyle?
EDE2: Is it appropriate for banking industry to offer loans to students in the Higher Learning Institutions. Share your opinion.
EDE3: Steps to manage domestic waste responsibly.

Kategori E. Umum (Terbuka kepada semua warganegara Malaysia)

Bahasa Malaysia
EEM1: Adakah pengguna terlalu obses dengan produk kosmetik? Kongsikan pendapat anda.
EEM2: Apakah yang anda faham mengenai produk organik? Sila jelaskan.
EEM3: Adakah semua produk yang dijual di Malaysia adalah selamat untuk digunakan? Apakah pandangan anda?

English
EEE1: Do we use too much cosmetics? Share your thoughts.
EEE2: Explain what you understand about organic products.
EEE3: Are all products in Malaysia safe? What your opinion?



HADIAH !!!
Kategori A (4 Bahasa)

Hadiah Pertama                   RM1,000.00
Hadiah Kedua                      RM750.00
Hadiah Ketiga                      RM500.00
Hadiah Sagu Hati (x20)       RM100.00

Kategori B dan Kategori C (4 Bahasa)

Hadiah Pertama                   RM1,500.00
Hadiah Kedua                      RM1,000.00
Hadiah Ketiga                      RM750.00
Hadiah Sagu Hati (x20)       RM100.00

Kategori D (2 Bahasa)

Hadiah Pertama                   RM2,000.00
Hadiah Kedua                      RM1,500.00
Hadiah Ketiga                      RM 1,00.00
Hadiah Sagu Hati (x10)       RM200.00

Kategori E (2 Bahasa)

Hadiah Pertama                   RM2,500.00
Hadiah Kedua                      RM2,000.00
Hadiah Ketiga                      RM1,500.00
Hadiah Sagu Hati (x10)       RM200.00