pengunjung blog

Wednesday, February 23, 2011

jimat wang ketika membeli belah

dalam kehidupan seharian , wang sentiasa diperlukan untuk memenuhi keperluan dan kehendak kita . jika seseorang tidak tahu cara menguruskan wang dengan baik , maka individu itu akan dihantui dengan pelbagai masalah kewangan dari hari demi hari . justeru , perancangan yang teliti perlu dilakukan . bagi mengurangkan kos perbelanjaan , kaedah penjimatan ketika membeli barang makanan , khususnya di pasar raya merupakan cara mudah yang boleh dilakukan .

sekiranya individu hendak menjimatkan perbelanjaan bulanan mereka , maka beberapa langkah penyesuaian mudah perlu dilakukan . antaranya ialah memilih barangan berjenama generik atau 'store brand ' yang sedia ada di pasar raya . kedua-dua baranagn berjenama dan generik menggunakan bahan yang sama , namun pembeli membayar lebih apabila membeli barangan berjenama tertentu.

ketika shopping , pengguna gemar melihat dan membeli barangan yang disusun di rak-rak teratas dan pada aras mata . sebaliknya ada pengguna yang langsung tidak mengendahkan barangan yang disusun di rak-rak di bahagian bawah . walhal , barang-barang yang disusun di rak bawah merupakan barangan yang berharga rendah .

bagi mengelakkan perbelanjaan tambahan , pengguna hendaklah makan sebelum membeli-belah di pasar raya . ini bukan sahaja dapat menghindari mereka daripada mereka daripada berbelanja di restoran-restoran makanan segera , malah keinginan pengguna untuk membeli juga akan berkuranagn kerana tidak berasa lapar .

restoran popular


sebagai pengguna yang rasional , penyediaan senarai barangan yang hendak dibeli akan membantu ketika membeli barangan harian . hanya barang-barang yang disenaraikan atau yang diperlukan untuk memasak sesuatu hidangan sahaja yang akan dibeli . pembelian barang-barang secara naluri juga dapat dielak . cara ini dapat menjimatkan masa dan juga mengelakkan tabiat boros berbelanja . 


selain itu , pengguna digalakkan membeli-belah secara bersendirian . ini kerana , membeli-belah bersama-sama keluarga dan anak-anak boleh menyebabkan seseorang berbelanja lebih daripada yang mereka inginkan . selain itu , ia juga boleh mendorong mereka membeli barang-barabg yang tidak sepatutnya serta berkemungkinan membeli barangan yang tidak tercatat dalam senarai yang telah dibuat .

sekiranya pengguna ingin membeli-belah , bawalah sejumlah wang yang kecil seperti RM50 atau RM100 mengikut pelan bajet bagi bulan tertentu . ia boleh menghindari seseorang daripada berbelanja secara berlebihan . 
di samping itu , anda juga boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit . namun anda perlu mempunyai pengurusan kad kredit yang baik bagi memastikan anda tidak berhadapan dengan masalah sekiranya gagal melunaskan bayaran kad kredit mengikut tempoh yang ditetapkan . jika anda tidak mempunyai disiplin yang baik apabila menggunakan kad kredit , digalakkan supaya anda berbelanja menggunakan wang tunai sahaja . 

walaupun terdapat pelbagai cara untuk berjimat ketika mebeli-belah , namun pilihan terletak di tangan anda . jadilah pembeli yang bijak dan berbelanjalah mengkut bajet yang telah ditetapkan .

No comments:

Post a Comment